Followers

Tuesday, April 10, 2012

ABAH .

humm . tarik nafas panjang2 .
kau pernah rasa dibesarkan dan diberi didikan oleh seorang bekas askar ? yang pada zahir nya dia sangat tenang dan suka berjenaka , tp hakikat nya dia tegas di mata kami semua.

itu adalah ciri yang ada pada seorang insan yang bernama bakar bin kadir , atau yang aku dan adik adik manjakan dengan pangilan abah .

aku masih ingat diwaktu kecil , ketika mata hampir lena abah akan bersama bercerita tentang kisah kancil dan buaya .
rasanya lebih teruja dari diberi wang permata.

kau tahu lelaki ini lah yang menjadi tempat mengadu domba .
aku masih ingat dikala zaman semua anak remaja membimbit telefon kecil mereka .
abah lah orang pertama yang mempelawa aku untuk memilikinya .
kata nya
"jangan anak orang sahaja yang ada , anak aku pun mahu juga"

oh , hampir aku terlupa .
dimasa kecil , kalau kau bertanya
"siapa nama datuk mu ? "
kau tahu apa jawapan kami berliman ?
"kami tiada datuk"
oh ya , kami hanya ada abah yang setia .

dengan ketegasan lelaki ini , dia berjaya mengatamkan aku dan adik adik .
sewaktu diajarkan kami mengaji , "batang belon" tak pernah lepas ditangan . garang !
terima kasih abah .

waktu itu , aku tidak perlu berebut bersesak mengejar bas untuk menuntut .
seperti aku kata kan aku ada abah yang setia .
menghantar dan mengambil tidak kira dimana .

kau minta la apa sahaja pasti akan diturut kan , pasti .
sehingga kini aku bagai sudah terbiasa merengek itu dan ini dengan dia.

#sapu air mata

yang paling aku tidak jangka
abah pernah hadiah kan komik doraemon buat aku.
kata nya
"abah tengok macam seronok je orang baca"
mungkin bagi kau ia biasa sahaja , tp bagi aku .ia sangat berharga .

wang ringgit , aku tak perlu cerita .
terlalu banyak yang dilaburkan untuk anak nya ini .

dan kini ,
aku sangat kagum dengan lelaki ini .
kau tahu kenapa .
di usia lewat 80 an , dia masih setia menjaga permaisuri hati nya . emak .
tanpa lelah dan jemu .
apa sahaja yang emak mahu , abah pasti ada .
di setiap saat dan waktu .

oh emak aku sudah tidak boleh berjalan .
segala nya abah yang urus kan.
bukan tidak mahu tinggal bersama anak yang maha rela dan terbuka menjaga .
tapi kata nya
"tak nak lah pergi KL , ayam itik sapa nak jaga?"
biasa dengar bukan alasan yang semacam ini?

kini ,
aku mampu lihat cahaya kebanggaan dimata tua itu pabila setiap kali kuhulurkan salam 'berisi' kepada nya.
anak kecil yang aku kendong dahulu sudah mampu berkerja kata nya .

kini,
aku mampu lihat sinar bahagia dimata itu tatkala aku pulang dengan membawa cerita itu dan ini mengenai pelajaran dan kerjaya .

aku bukan mahu mendabik dada , tapi aku tahu dihati nya ada terpalit bahagia .

dan aku sangat tahu yang aku sayang dan perlukan mereka lebih dari segalan nya .

tuhan , sejahtera kan lah mereka walau dimana jua . aku memohon pada mu YA ALLAH .

bintang kecik : abah adalah lelaki yang kau orang panggil datuk . aku bukan tidak punya umi dan ayah cuma coretan ini khas untuk dia sahaja.

No comments: