Followers

Thursday, June 27, 2013

lalalalala hari2 kerja!

Assalammualaikum!
Holla people~

Memandangkan macam ramai je kawan2, adik2, kakak2 & abang2 yang dah habis study kann.
so mari la kita bercakap pasal CARI KERJA. Aku ni tak ada la berpengalaman sangat tp kalau ada pengalam kerja 2 tahun ++ layak tak nak buat entry gini? :p
kot la ada yang first time nak cari kerja kan, so harap entry ni membantu :D

TAPI sebelum tu kalau kau rasa yang "aku ada diploma in IT programmin so aku nak jadi programmer jeee kerja lain x classss" sila tak payah baca entry ni.
SEBAB rezeki tuhan dah tulis, x ada nye kerja ada class ke tak. rezeki masing2 :D

mari kita mula kannnnnnnnnnnn....

1. JANGAN MEMILIH KERJA
    Ni pendapat aku la, jangan memilih sangat. lagi2 kalau yang fresh tak ada pengalaman tu. Cari pengalaman dulu , jangan berangan kau ada sekeping kertas tulis diploma terus nak jadi boss! Mula dari bawah , aku mula kerja dengan call center je dulu .. ok je tak mati pun kena maki dengan customer XD



2. CARA APPLY KERJA
    Ok, cara nak apply kerja pun kena betul. dalam misi dan visi mencari kerja ni apa yang utama ialah kau kena buat sampai company yang kau apply tu panggil kau DATANG INTERVIEW tu dulu.  dia sebenarnya macam ni , korang boleh je apply dekat job search engine tp kalau nak lagi berkesan dan nampak kesungguhan tu, apa kata korang send resume korang dekat email yang dorang provide. dekat iklan2 tu mesti ada email dengan alamat kan? kalau agak2 malas nak pos , ce email resume korang tu. Kalau kau nak buat dua2 pun boleh apply dekat situ lepas tu send email jugak. Nampak la kesungguhan tu sikit kan?

3. RESUME / CV
    Resume mesti wajib update selalu. walaupun fresh tapi resume kena jaga. kalau fresh masuk kan je pengalaman masa practical, kalau pernah kerja partime mekdi ke KFC ke pape je la masuk sekali. Activity masa sekolah dulu semua sumbat je tapi yang sekolah rendah tu tak yah la.  XD
Make sure number phone dengan email dekat resume tu BETUL dan TERKINI! jangan bagi yang 4 tahun lepas punya ye cik jahhhh.

4. JANGAN TAKUT
    Jangan takut nak cuba apply kerja dekat company besar2. Try je tak salah kan? free je kalau apply pun. Mana lah tahu ada rezeki dapat pulak. Masa sebelum apply tu study background company tu macam mana. Jangan takut!! ingat tu. Alhamdulillah sofar 3 company dah aku lompat , hihi. TM UNIFI , MESRALINK PETRONAS & KONE ELEVATOR (M) SDN BHD. 
    Lagi satu untuk yang ada diploma je macam aku , sekarang ni kalau korang tengok iklan memang "dak2 degree" je yang laku. tak pa , ade rezeki tak kemana :) JANGAN TAKUT nak apply kalau dekat iklan dia tulis requirement "degree holder in any field" walaupun kita tak ada kertas tulis degree tu buat muka tak malu je apply. ingat rezeki tu tuhan yang bagi kan ? apply je.. kot la dia panggil interview , masa tu la kena pandai "jual diri" bab interview tu lain entry la ye.

5. DOA, TAWAKAL & TUHAN
    Ok, dah habis semua usaha kat atas tu, apa apa pun kita mesti berbalik pada yang SATU. DOA DOA dan terus DOA. tuhan kita baik , dia tak kan bagi apa yang kita nak tapi percaya lah dia bagi apa yang kita perlu. Lepas tu jangan lah belajar tolak rezeki yang dia bagi sebab takut kita tak dapat peluang tu lagi. 

ok la tu je kot yang aku boleh share, maklum lah kerja baru 2 tahun ada hati nak buat entry gini. :p
in sha ALLAH next entry pasal interview pulak ok?

ok kejap! sebelum habis jom tengok gambar barang sekeping dua :P


ok ni kerja pertama aku , macam aku cakap kerja kena maki hari2.
aku rinduuuuuuuuu sgt dengan unifi punya gang -.-'


Ok ni petronas mesralink. YA ALLAH rinduuuu gendut2 ni :(

Ok yang ni yang latest. Alhamdulillah :)



ok done ! hopefully korang dapat kerja yang korang nak! good luck dan semoga rezeki ramadhan yang bakal datang ni ada bahagian nya untuk kita. amin <3 font="">


bye3








1 comment:

Anonymous said...

a